Tuesday, June 30, 2020

Adakah hitam itu warna ‘nafas baru’ Bersatu untuk Mahathir dan pengikut beliau?

  Malaysian Mirror       Tuesday, June 30, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Logo Bersatu sudah bertukar hitam sebagai tanda protes terhadap pemangku pengerusi dan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kem beliau yang telah menyingkirkan Tun Mahathir dan pengikut-pengikutnya dari parti itu. Pada 18 Jun 2020, Mahkamah Tinggi telah menolak injuksi mantan pengerusi Bersatu itu yang mahu mempertahankan keahlian dan kedudukan beliau dan yang telah disingkirkan dari parti, meskipun Muhyiddin Yassin dan enam lain diserang dengan saman oleh peguam-peguam mereka. Turut terkesan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah  Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Marzuki Yahya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr. Maszlee Malik, dan Datuk Amiruddin Hamzah. Sebagai tanda pemberontakan dan usaha mendapatkan sokongan dari penyokong mereka, Syed Saddiq telah memulakan langkah pertama berkongsi imej logo Bersatu berwarna hitam di akaun media sosial beliau, lalu diikuti yang lain-lain. Gerakan ini mungkin satu simbol pemberontakan yang seterusnya membangkitkan kempen “blackout” oleh pengikut-pengikut mereka.

Warna hitam sebenarnya tidak sesuai buat Tun Mahathir kerana ia merupakan warna yang melambangkan kezaliman beliau terhadap mantan timbalan perdana menteri beliau, Dato’ Seri Anwar Ibrahim beberapa dekad lalu. Sudahkah beliau lupa tentang sejarah ini? Para reformis yang sekian lama menjadi akar umbi menyokong Anwar Ibrahim pastinya tidak akan dapat melupakannya, malahan merekalah yang mendesak Anwar Ibrahim untuk berhenti bekerjasama dengan Tun Mahathir demi parti dan rakyat.

Walaupun Tun Mahathir sering berkempen untuk membersihkan imej negatif DAP di kalangan orang Melayu, ianya tidak akan dapat menyembunyikan hakikat bahawa beliau masih mencuba memusnahkan ketua pembangkang itu dari laluan beliau. Pengikut DAP beliau yang buta-buta setia kepada beliau seperti Anthony Loke dan Lew Chin Tong sering mengeluarkan kenyataan menjengkelkan terhadap PKR tentang isu calon perdana menteri dengan melupakan jasa Anwar Ibrahim terhadap mereka ketika mereka menghadapi masalah serius suatu masa dahulu. Percubaan pemimpin-pemimpin DAP itu untuk memaksa Anwar Ibrahim dan PKR bersetuju dengan usul menjadikan Tun Mahathir sebagai calon perdana menteri itu turut menunjukkan bahawa mereka lupa bahawa tidak semua pemimpin DAP, contohnya Ronnie Liu, bersetuju dengan tindakan mereka sejak dahulu lagi. Justeru, Tun Mahathir mesti sedar bahawa beliau hanya mampu memperolehi rasa hormat sahaja dari DAP dan  dengan tindakan beliau hanya mewarwarkan tentang kebaikan DAP tidak akan membuatkan beliau berjaya memenangi hati orang Melayu, lebih-lebih lagi hati rakyat jelata yang rata-rata sudah ada persepsi negatif terhadap beliau. Berapa lama lagi beliau boleh menafikan hakikat bahawa beliau sudah tidak diperlukan oleh rakyat? 

By : Adilah Jaffar


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah hitam itu warna ‘nafas baru’ Bersatu untuk Mahathir dan pengikut beliau?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment