Monday, June 22, 2020

Anwar menjadi mangsa kepada permainan “Russian roulette” Mahathir dengan kesemua peluru di tangan Mahathir

  Malaysian Mirror       Monday, June 22, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Adalah tidak mengejutkan bahawa DAP sudah menunjukkan sifat sebenar mereka. Mula-mula, DAP memberi ruang kepada Tun Mahathir untuk merampas Pakatan Harapan (PH) daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kemudian mengenepikan beliau bulat-bulat untuk berkuasa ke atas PH yang kononnya atas dasar hendak menumpaskan Dato’ Seri Najib Razak kerana 1MDB. DAP telah menjalankan tugas mereka dengan baik selama 22 bulan dengan sentiasa tunduk kepada kehendak Tun Mahathir asalkan mereka dapat penuhi agenda mereka sendiri untuk menjadikan orang Melayu sebagai orang bawahan mereka dengan bantuan Amanah yang tidak berapa cerdik itu. Namun mereka tidak sedar bahawa Tun Mahathir sengaja berbuat begitu dalam masa yang sama beliau berkomplot dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memusnahkan Anwar Ibrahim dan DAP.

Meskipun Tun Mahathir telah mengaku penglibatan beliau dalam peringkat awal Langkah Sheraton melalui satu perbincangan yang telah diadakan di kediaman beliau pada petang hari sebelum makan malam di Sheraton itu, penafian beliau ke atas sebarang usaha yang membawa kepada langkah itu sangatlah tidak boleh diterima. Melihat kepada rentetan peristiwa dalam beberapa bulan yang lepas, dari rakaman audio dan gambar-gambar yang tular, kita terus dapat menjangka adanya satu rancangan. Motif beliau untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri tanpa melepaskan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim sangatlah jelas, yang mana terus diikuti dengan rancangan rampasan kuasa yang dikelolakan oleh Muhyiddin Yassin bersama-sama Dato’ Seri Azmin Ali, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal dan Dato’ Seri Fadillah Yusof untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan menghentikan penguasaan DAP. Malahan ada sumber mengatakan bahawa ianya telah digagalkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tidak cukup matang itu dan rancangan itu turut disabotaj oleh tangan-tangan ghaib musuh beliau iaitu Najib Razak.

Sebagai seorang yang tidak mahu mengotorkan tangannya dalam apa jua rancangan, Tun Mahathir telah menemui mangsa seterusnya iaitu Muhyiddin Yassin setelah rancangan beliau gagal dan berusaha untuk memujuk DAP sekali lagi untuk kembali ke pangkuan beliau. Seperti biasa, DAP mahu dilihat sebagai strategis utama yang memperbetulkan keadaan dan memujuk Anwar Ibrahim meskipun Anwar Ibrahim sudahpun menghidu rancangan Tun Mahathir sejurus selepas Tun Mahathir merancang dan menularkan “video semburit Azmin” untuk memecahbelahkan PKR dan menguburkan presiden PKR itu, seperti yang disahkan oleh sumber-sumber yang dipercayai.

Turut ada dalam senario di atas, kenyataan media Anthony Loke pada Rabu lalu dan kenyataan bersama Amanah semalam memperhebatkan lagi angin perpecahan PH. Penganalisa politik dan para wartawan rata-rata bersetuju bahawa PKR dan Anwar Ibrahim sudah tetap dengan pendirian dan kedudukan mereka sebagai pemimpin PH. Ini sememangnya sudah dipersetujui, maka desakan Anthony Loke dan Khalid Samad untuk PH mesti tunduk kepada tekanan daripada Shafie Apdal itu adalah mengarut. Yang dikatakan opsyen kedua yang mereka dakwa PH mesti ambil itu pula adalah satu tanda bahawa Tun Mahathir sudah hampir menang loteri. Terang-terangan Tun Mahathir menggunakan Shafie Apdal untuk mengada-adakan opsyen pertama yang sangat mustahil agar DAP dan Amanah dapat memberi tekanan ke atas Anwar Ibrahim untuk menerima opsyen kedua. Ini samalah seperti Anwar Ibrahim bermain Russian roulette dengan kesemua peluru dalam poket Tun Mahathir, dan Anwar Ibrahim hanya menembak kosong dan mudahlah Tun Mahathir habiskan Anwar Ibrahim!

Usaha terkini melibatkan langkah ketiga dan terakhir oleh Tun Mahathir untuk menafikan Anwar Ibrahim dari menjadi perdana menteri selamanya dengan bantuan kuli-kuli beliau iaitu DAP dan Amanah. Perbuatan Anthony Loke memecah rahsia rundingan dalaman PH dengan Tun Mahathir dan Shafie Apdal beberapa bulan lalu membuktikan betapa terdesaknya DAP dan Amanah untuk mendapatkan kembali kuasa, kemewahan dan wang di Putrajaya yang mereka pernah nikmati dalam tempoh yang amat singkat. Walaupun pembongkaran yang dibuat oleh Anthony Loke itu merupakan versi DAP, melabel Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tidak boleh membuat keputusan ternyata adalah satu perbuatan yang sangat bongkak. Jelaslah bahawa Anthony Loke tidak sedar yang perbuatan DAP sendiri semasa pentadbiran PH merupakan punca mengapa Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin memberontak melalui rancangan-rancangan mereka. PKR dan Anwar Ibrahim sedikitpun tidak punya suara dalam kerajaan PH berbanding dengan DAP dan Amanah meskipun PKR memegang 52 kerusi pada ketika itu. Sedarkah DAP dan Amanah akan pembahagian kuasa Tun Mahathir yang berat sebelah?

DAP dan Amanah sebenarnya tahu bahawa tindakan memberi Tun Mahathir tempoh enam bulan untuk kembali berkuasa adalah tidak masuk akal dan ianya memburukkan kredibiliti PH dalam menguruskan kerajaan dan ini sangat memperlihatkan sifat tamak mereka.  Citarasa mereka dalam menikmati limpahan kuasa yang diberi Tun Mahathir membuktikan bahawa mereka sudah terlalu selesa dan tentulah tidak mahu melepaskannya kerana mengetahui bahawa Anwar Ibrahim tidak akan bertindak seperti Tun Mahathir. Patutlah Anthony Loke and Khalid Samad mendakwa bahawa Anwar Ibrahim perlukan Tun Mahathir untuk menjadi perdana menteri.

Dakwaan tidak masuk akal oleh Anthony Loke dan Khalid Samad itu menggugah prinsip toleransi dan baik sangka PKR yang mana mungkin akan membiarkan 96 ahli Parlimen lain tunduk kepada keputusan 10 ahli Parlimen itu. Dalam sebuah negara demokrasi, tidakkah mereka memperlekehkan kebenaran dan mengapakah mereka tidak menyokong pendirian Shafie Apdal dengan meninggalkan Tun Mahathir? Mengapa mereka tidak ambilkira keterdesakan Tun Mahathir yang sebenarnya memerlukan PH lebih dari yang lain kerana beliau hanya ada sokongan lima ahli Parlimen dan beliaulah punca utama kesulitan mereka? Keberanian Anthony Loke mengatakan bahawa Tun Mahathir seorang yang jujur sangat memperlihatkan perangai ampu DAP kepada insan tua itu dan ini menunjukkan betapa mudahnya mereka tertipu. Anwar Ibrahim dan PKR harus lebih bijak dan tidak menjebakkan diri dalam kancah pengkhianatan dalam PH. DAP, Amanah dan Tun Mahathir hanya patut diberikan apa yang mereka layak sahaja

Reporter: Adilah Jaffar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Anwar menjadi mangsa kepada permainan “Russian roulette” Mahathir dengan kesemua peluru di tangan Mahathir

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment