Sunday, June 28, 2020

Kini Muhyiddin sudah terus sesak nafas kerana UMNO dan Najib

  Malaysian Mirror       Sunday, June 28, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Media melaporkan bahawa UMNO dan Bersatu kini sedang bercakaran dalam menentukan jumlah kerusi untuk sebarang kemungkinan pilihanraya umum sepertimana yang diramalkan bakal berlaku tahun ini oleh Tan Sri Annuar Musa. Dikhabarkan juga bahawa kedua-dua parti itu sanggup untuk menyerahkan kerusi masing-masing, meskipun dikatakan saling menyokong sejak Perikatan Nasional (PN) mengambilalih pemerintahan negara. Kedua-dua parti itu dilihat seperti mahu menang sendiri. Satu contoh terbaik adalah ketegaran naib ketua Bersatu Pekan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, yang berkeras mahu bertanding di pilihanraya kecil N.93 Chini pada 4 Julai ini setelah Bersatu bertindak berbuat demikian. Sehingga kini, hanya Barisan Nasional (BN) yang sudah mencalonkan Mohd Sharim Md Zain untuk bertanding. Akibatnya, pengerusi Lembaga Displin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas ‘mengugut’ Zainul Hisham dengan pengguguran serta-merta keahlian beliau sekiranya beliau masih mahu bertanding. Bukankah ini tanda bahawa PN hanya membiarkan sahaja BN mengukuhkan kedudukan mereka di Chini? Mengapakah Muhyiddin Yassin mengalah kepada BN dan UMNO? Atau adakah beliau dipaksa untuk membiarkan UMNO tiada pencabar?

Media turut melaporkan tentang wujudnya “kumpulan-kumpulan berbeza” dalam UMNO yang sekeras-kerasnya tidak setuju untuk membantu Muhyiddin Yassin mengekalkan kuasa PN. Ketidakmahuan Muhyiddin Yassin untuk sertai UMNO sepertimana yang ditawarkan kepada beberapa ahli lain dikatakan telah menyebabkan kemarahan UMNO yang kemudiannya menjadikan PN semakin lemah berbanding dengan Pakatan Harapan (PH). Muhyiddin Yassin dikatakan telah meminta lebih kurang 50 kerusi daripada UMNO untuk PN, namun permintaan itu telah ditolak kerana Dato’ Seri Najib Razak mahu menang untuk diri sendiri. Hal ini pastinya merunsingkan Muhyiddin Yassin yang kini terdesak mahukan sokongan majoriti sebelum sidang Parlimen Julai ini. Pada siapakah beliau harus mengadu nasib sekarang? Bolehkah beliau membuktikan bahawa beliau ada cukup SD sepertimana yang beliau yakinkan pada DYMM Agong sebelum pelantikan beliau sebagai perdana menteri?

By: Adilah Jaffar




An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Kini Muhyiddin sudah terus sesak nafas kerana UMNO dan Najib

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment