Saturday, June 27, 2020

Muhyiddin cuba goncang Sabah dan Warisan dengan membebaskan Musa dan mendakwa Peter

  Malaysian Mirror       Saturday, June 27, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Rakyat Malaysia masih lagi belum habis terkejut dengan pembebasan mantan ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dari 46 pertuduhan berkaitan konsesi balak di negeri itu, dan kini mereka dibebani pula dengan pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM8.75 juta yang melibatkan Risda ke atas Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri itu, Peter Anthony. Pada 10 Jun 2020, naib presiden Warisan itu telah dipanggil SPRM untuk soalsiasat dan sehari selepas itu, beliau diperintah bela diri di Mahkamah Kota Kinabalu atas pertuduhan yang sama. Patutkah presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal mula bimbang tentang ini? Tidakkah beliau risau tentang apa yang Peter Anthony bakal beritahu mahkamah?

Satu demi satu ujian yang terpaksa dihadapi ahli atau rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) sejak Perikatan Nasional (PN) memegang tampuk kerajaan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri ke-8 yang juga presiden dan pemangku pengerusi Bersatu itu tidak henti-henti menyakitkan hati Tun Mahathir dan pengikut-pengikut beliau sehingga mereka dipecat dari parti. Kemudian Muhyddin Yassin menjadikan Shafie Apdal mangsa seterusnya setelah presiden Warisan itu menyatakan sokongan beliau kepada PH secara terbuka, meskipun mengetahui bahawa PH semakin mendapat sokongan ahli Parlimen. Khabar angin yang mengatakan bahawa Shafie Apdal mahukan jawatan timbalan perdana menteri dan penyataan kesetiaan beliau kepada Tun Mahathir kian membimbangkan Muhyiddin Yassin sehinggakan beliau terpaksa merancang satu rampasan kuasa di Sabah dengan membebaskan Musa Aman untuk memberontak bagi pihak beliau. Pastinya bagi Musa Aman ianya merupakan satu ‘pembalasan terindah’ terhadap Shafie Apdal yang telah menyebabkan beliau hidup sengsara sejak 2018. Meskipun ramai rakyat Malaysia menyatakan kebimbangan mereka tentang apa yang bakal berlaku, rakyat Sabah terutamanya dapat meramalkan satu ‘perubahan’ di Sabah berlaku sekali lagi dan satu perebutan kuasa di antara mereka berdua seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Bung Mokhtar Radin baru-baru ini.

Sepatutnya pada saat ini, Muhyiddin Yassin sudah boleh tersenyum sambil menyaksikan situasi politik di Sabah bakal meledak dengan Musa Aman yang kini bebas untuk membalas dendam terhadap ketua Menteri Sabah itu. Apakah yang bakal terjadi kepada rakyat Sabah bila berlakunya kemelut politik ini? Shafie Apdal harus berbuat sesuatu sebelum terlambat. Dengan PKR dan Dato’ Seri Anwar berpendirian teguh memilih presiden PKR itu sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri, Shafie Apdal harus mempertimbangkan semula sokongan beliau kepada Tun Mahathir dan bersama Anwar Ibrahim demi kebaikan Sabah dan negara. 

By: Adilah Jaffar


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Muhyiddin cuba goncang Sabah dan Warisan dengan membebaskan Musa dan mendakwa Peter

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment