Thursday, June 25, 2020

Tangan-tangan ghaib Najib giat mengatur penjanjian dan Azmin terus-menerus ‘sedekahkan’ wang melalui kartel

  Malaysian Mirror       Thursday, June 25, 2020
Baru-baru ini, media mewarwarkan prestasi 100 hari Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pelbagai pujian dan sanjungan. Rakyat Malaysia turut tidak ketinggalan memuji beliau di atas rasa prihatin dan sayang beliau terhadap mereka di waktu ujian pandemik Covid-19, terutamanya dengan tambahan peruntukan RM35 billion di bawah Penjana dan lebih banyak kelonggaran ke atas PKP. Mereka berbangga dengan beliau dan Perikatan Nasional (PN) yang mereka anggap sebagai penyelamat di waktu getir ini. Janji-janji Muhyiddin Yassin dalam bentuk insentif wang ringgit ini umpama sinar di hujung kegelapan buat mereka yang memerlukan dan para peniaga, namun ia juga dilihat sebagai satu cara mengalih pandangan rakyat dari sedar akan kemunculan semula ideologi “Cash is King” dalam negara.

Antara isi kandungan yang harus ada dalam buku laporan Muhyiddin Yassin adalah pembebasan anak tiri Dato’ Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz dari lima pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan RM465.3 juta. Tidak lupa juga, pembebasan mantan ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, dari 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan konsesi balak di negeri itu. Ini ternyata sangat mengejutkan! Dengan pembebasan-pembebasan tersebut, ramai yang turut menanti ‘pembersihan’ yang sama ke atas kes-kes mahkamah yang lain yang melibatkan nama-nama terkenal dalam arena politik Malaysia terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Rakyat Malaysia tidak patut lupa juga pada nama-nama yang terlibat dalam kes kewangan 1MDB seperti Datin Seri Rosmah Mansor, Arul Kandasamy, Datuk Rizal Mansor, dan si licik Low Taek Jho atau Jho Low yang mungkin bakal menerima keputusan yang sama. Perlu diingatkan bahawa nama-nama ini sudah disabitkan dengan pelbagai pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan masih lagi dalam perbicaraan. Adakah impian mereka untuk merompak dana awam akan menjadi kenyataan sepertimana yang dilakukan oleh Musa Aman?

Ideologi “Cash is King” dikatakan sudah kembali setelah media melaporkan bahawa Muhyiddin Yassin dan PN menjadi semakin rapat dengan UMNO dan PAS (Muafakat Nasional) dan tangan-tangan ghaib Najib Razak sedang giat mengatur perjanjian, sementara lebih banyak sokongan ahli Parlimen diperoleh dari aktiviti-aktiviti ‘jual-beli’ yang dilakukan oleh Dato’ Seri Azmin Ali melalui kartel beliau. Justeru, adakah mungkin lebih ramai lagi kleptokrat bakal dibebaskan dari pertuduhan mereka? Yang paling utama, adakah pada 28 Julai 2020 nanti Malaysia dan dunia bakal menyaksikan satu ‘kejutan’ besar? Meskipun rakyat Malaysia sudah berasa lega dengan bantuan insentif berbentuk wang ringgit daripada kerajaan PN, adakah mereka akan turut berasa lega apabila kleptokrat-kleptokrat itu kembali berkuasa?




An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Tangan-tangan ghaib Najib giat mengatur penjanjian dan Azmin terus-menerus ‘sedekahkan’ wang melalui kartel

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment