Saturday, July 18, 2020

Adakah langit semakin gelap buat UMNO dan Bersatu menjelang PRU15?

  Malaysian Mirror       Saturday, July 18, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Baru-baru ini, lima ahli Majlis Tertinggi UMNO meluahkan rasa tidak puas hati mereka tentang masa hadapan parti itu yang dikatakan gelap jika ia mengambil keputusan untuk menyokong Bersatu dan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebarang piliharanraya awal atau pilihanraya umum yang menjelang. Maklumbalas ini timbul sejurus selepas Muhyiddin Yassin menayang ‘sokongan’ yang dikatakan diperoleh daripada 12 parti politik termasuk parti komponen Barisan Nasional (BN) di  laman rasmi media sosial beliau. ‘Sokongan’ yang dilaporkan tersebut dikatakan menjadi satu testimoni ‘penerimaan’ mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang berfungsi untuk mengikat kepercayaan para pengundi di Malaysia, walaupun PN telah memperoleh tampuk kepimpinan negara melalui satu cara yang tidak diduga yang dikenali sebagai Langkah Sheraton pada Februari lalu. Sedang lebih banyak dakwaan sokongan yang diterima oleh pemimpin PN itu, semakin tinggi rasa ketidaksetujuan daripada ahli parti sekutunya, terutama UMNO, diwar-warkan dalam media.

Setelah Tan Sri Shahrir Samad, Tengku Razaleigh dan Datuk Puad Zarkashi bersuara lantang tentang kebimbangan mereka terhadap hubungan rapat UMNO-PN, Dato’ Seri Nazri Aziz pula cuba memerli Muhyiddin Yassin dan UMNO dengan mencadangkan presiden Bersatu itu untuk kembali kepada UMNO dan menjadi presiden parti menggantikan Dato’ Ahmad Zahid Hamidi dan merungkai kekusutan parti tersebut dalam isu peruntukan jumlah kerusi dalam PRU15. Seperti lazimnya, Nazri Aziz terus meninggalkan kenyataan-kenyataan yang sinis lagi mencabar berkenaan UMNO, dan kini Muhyiddin Yassin, yang sering mengelirukan dan mengguris hati rakan politik beliau dan rakyat Malaysia. Sementara itu, dalam satu kenyataan terkini, Puad Zarkashi mempersoal kenyataan Tan Sri Annuar Musa tentang sokongan Muafakat Nasional (MN) terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri PRU15 dengan mengatakan bahawa kenyataan itu sepatutnya datang daripada mulut presiden parti dan bukan Annuar Musa. Pada masa yang sama, persahabatan UMNO-Bersatu semakin mencabar apabila Dato’ Seri Najib Razak dikatakan mahu Mersing ditawan semula daripada Bersatu selepas ahli Parlimen Bersatu Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad menuduh UMNO tidak popular di Sabah. Terkesan oleh kenyataan tersebut, Najib Razak dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi menggesa agar Abdul Latiff meletak jawatan sebagai menteri kerajaan PN. Abdul Latiff, yang telah meninggalkan UMNO untuk bersama Bersatu pada PRU14, dilaporkan telahpun memohon maaf kepada UMNO dan rakyat Malaysia di atas kenyataan tersebut. Ketua UMNO Sabah, Datuk Sri Bung Mokhtar Radin, pula turut mengecam Abdul Latiff dengan mengatakan bahawa wakil rakyat Mersing itu bukanlah orang yang layak mempersoalkan kedudukan UMNO Sabah kerana beliau seorang “katak lompat”.

Tidak jelaskah lagi di mata umum bahawa ada gelombang tsunami kecil yang melanda kedua-dua parti itu? Dengan adanya dakwaan sebegitu, bagaimanakah Muhyiddin Yassin boleh dakwa bahawa beliau disokong teguh oleh UMNO? Dapatkah beliau mempertahankan kedudukan beliau pada pilihanraya umum akan datang? Adakah beliau akan menang atau akan dikecewakan oleh ‘rakan-rakan’ beliau itu? 

By Adillah Jaafar



An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah langit semakin gelap buat UMNO dan Bersatu menjelang PRU15?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment