Friday, July 17, 2020

Adakah Mahathir bakal kehilangan “suara orang muda” apabila Saddiq lepaskan Bersatu?

  Malaysian Mirror       Friday, July 17, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Pada 7 Julai, bekas ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan di laman media sosial beliau untuk meneruskan masa hadapan politiknya tanpa Bersatu dan berlapang dada terhadap kemelut yang telah berlaku semasa berada dalam parti itu. Dalam kenyataan beliau, Syed Saddiq juga menyatakan bahawa beliau akan menarik semula saman sivil terhadap pemecatan keahlian beliau dalam Bersatu, yang mana masih dipertahankan oleh empat ahli lain yang telah dipecat iaitu Tun Mahathir, Dr. Maszlee Malik, Datuk Marzuki Yahya dan Datuk Amiruddin Hamzah. Ini menunjukkan bahawa tidak seperti mereka, Syed Saddiq kini bersedia untuk bergerak tanpa sebarang parti selain masih mempertahankan kawasannya, Muar. Tidakkah ini menggambarkan bahawa Syed Saddiq kini terbuka kepada mana-mana tawaran yang lebih baik? Tidakkah keputusan beliau ini dibincangkan terlebih dahulu dengan Tun Mahathir sebelum ianya diwar-warkan?

Sebuah gambar Syed Saddiq menghabiskan masa dengan anak lelaki bongsu Dato’ Seri Najib Razak iaitu Ashman, yang telah dikongsikan oleh abang beliau, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, di laman media sosial beliau baru-baru ini menimbulkan tanda tanya. Ashman yang kelihatan mesra tersenyum sambil memegang kucing peliharaan Syed Saddiq dan berdiri di sisi Syed Abdullah, dikatakan berkawan baik dengan Syed Saddiq dan abang beliau walaupun pendirian politik Syed Saddiq berbeza dan ayah Ashman yang popular kerana UMNO dan kes skandal kewangan 1MDB. Adakah Syed Saddiq dipengaruhi seseorang untuk melepaskan perjuangan beliau dalam Bersatu? Adakah beliau sudah muak dengan isu-isu dalaman PH yang remeh-temeh yang diperbesar-besarkan oleh Tun Mahathir yang beliau hormati itu? Dalam situasi yang penuh dilema ini, mungkin adalah terbaik bagi Syed Saddiq untuk melepaskan Bersatu, namun adakah ini juga bermakna beliau akan meninggalkan Tun Mahathir? 


By Adillah Jaafar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Adakah Mahathir bakal kehilangan “suara orang muda” apabila Saddiq lepaskan Bersatu?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment