Tuesday, July 14, 2020

Kembalinya Salleh Keruak kepada UMNO merupakan satu langkah menghidupkan semula UMNO Sabah

  Malaysian Mirror       Tuesday, July 14, 2020
Pastinya pada saat ini, Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Shafie Apdal masih sedang mempertimbangkan usul Tun Mahathir yang sebelum ini mahukan beliau menjadi calon perdana menteri sementara menanti sebarang perbincangan berkenaan hal itu dengan ketua pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sudah sebulat suara kembali dipilih sebagai calon perdana menteri oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 7 Julai. Sebarang perubahan ke atas lanskap politik di Sabah pastinya bakal berlaku memandangkan pencabar beliau dari UMNO Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman kini sudah bebas dan Datuk Seri Salleh Keruak sudahpun menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO. UMNO Sabah pastinya akan bangkit semula untuk mencabar Warisan pada bila-bila masa.

Salleh Keruak, yang telah keluar dari UMNO bersama-sama Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin dan beberapa pemimpin politik Sabah pada 2018 selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu, telah menghilangkan diri meskipun pernah menyatakan sokongan beliau kepada PH dan kepimpinan Tun Mahathir. Amat mengejutkan pula, mantan Ketua Menteri Sabah itu kini tiba-tiba keluar dari kepompong beliau dengan menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO dan menolak PKR semasa PH sedang mengalami kekalutan politik dalaman berkenaan isu calon perdana menteri. Mungkin Salleh Keruak bukanlah pencabar utama Shafie Apdal kerana hubungan rapat beliau dengan Dato' Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, namun beliau dikatakan lebih dari mampu untuk melobi kerusi dan sokongan dengan menggunakan kapasiti kewangan yang beliau miliki untuk mengalahkan Warisan.

Sejarah mungkin berulang kembali kepada zaman pemerintahan BN dan UMNO di Sabah, dan Shafie Apdal sepatutnya mula berasa bimbang. Beliau tidak seharusnya membiarkan Tun Mahathir mempergunakan beliau dan memusnahkan masa hadapan politik beliau di negeri itu. Tawaran menjadi perdana menteri itu memanglah menarik namun mungkin akan membahayakan beliau jika beliau tewas kepada pesaing-pesaing beliau di Sabah. 

By Adillah Jaafar


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Kembalinya Salleh Keruak kepada UMNO merupakan satu langkah menghidupkan semula UMNO Sabah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment