Wednesday, July 15, 2020

Mengapa kini Azmin berlaga genggam dengan Selangor?

  Malaysian Mirror       Wednesday, July 15, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,

Dalam satu perkongsian Dato' Seri Azmin Ali di dalam laman media sosial beliau, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari dilihat menghadiri satu mesyuarat kali pertama Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu pada 29 Jun lalu. 

Dalam salah satu gambar yang dirakam oleh media, Azmin Ali dan Amiruddin Shari dilihat berlaga genggam dengan gembiranya. Namun, ketua UMNO negeri, Tan Sri Noh Omar, mempersoalkan mengapa tiada wakil pemimpin Perikatan Nasional (PN) dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Menurut beliau, Majlis Tindakan tersebut berfungsi sebagai sebuah platfom yang digunakan oleh kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama membangunkan negeri, yang mana sepatutnya harus melibatkan ahli dewan undangan negeri dan wakil rakyat PN juga. Persoalan yang dibangkitkan oleh Noh Omar ini juga membayangkan bahawa Azmin Ali, selain menjalankan tugas menteri bagi pihak Putrajaya, mungkin mempunyai agenda lain dengan tidak membabitkan PN di Selangor. 

Adakah beliau berusaha untuk kembali berkuasa di Selangor? Adakah beliau sedang berkomplot dengan Amiruddin Shari, insan yang telah mempertahankan beliau dari pertuduhan "klip video semburit" tahun lalu, untuk mengawal semula negeri itu? Adakah Amiruddin Shari itu konco beliau dalam usaha menipiskan kubu pertahanan Pakatan Harapan (PH) di Selangor? Azmin Ali yang sememangnya dikenali sebagai ketua whip PN dan pelaku utama Langkah Sheraton, kini dilihat cuba mencari peluang untuk mencapai 'matlamat-matlamat' beliau. Namun, sudahkah beliau berbincang dengan rakan baiknya Dato' Hishammuddin Hussein terlebih dahulu berkenaan hal ini?



By Adillah Jaafar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapa kini Azmin berlaga genggam dengan Selangor?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment