Monday, July 27, 2020

Mengapakah DAP Sarawak beri tempoh pada Anwar demi Shafie?

  Malaysian Mirror       Monday, July 27, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Sedang netizen menggesa presiden Warisan Dato’ Seri Shafie Apdal untuk melupakan sahaja impian untuk menjadi perdana menteri, pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen mencadangkan agar presiden PKR dan juga ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi suatu tarikh tamat untuk beliau mendapatkan bilangan sokongan ahli Parlimen untuk Pakatan Harapan (PH). Walaupun Anwar Ibrahim merupakan pilihan pertama PH sebagai calon perdana menteri, Chong berkata Shafie Apdal seharusnya diberi peluang yang sama untuk membuktikan kemampuan beliau kerana sudah tiba masanya seorang rakyat Malaysia Timur diberi peluang menerajui negara dengan progresif.

Dalam kenyataan sokongan beliau kepada Shafie Apdal, Chong berkata Shafie Apdal mampu memecah tradisi suasana politik negara yang sekian lama bersifat perkauman dan toksik, membantu mereka membentuk sebuah negara ke arah keharmonian kaum dan pembangunan serantau yang inklusif, selain pendirian beliau yang konsisten terhadap rasuah. Sebagai rakyat Malaysia Timur, Chong turut berkata bahawa DAP Sarawak tiada punya sebab untuk tidak menyokong Shafie Apdal bagi jawatan itu. Persoalannya, adakah pendirian Chong itu mewakili pendirian DAP? Jika benar Shafie Apdal adalah pilihan DAP, jadi mengapakah pucuk kepimpinan DAP pusat sebulat suara memilih Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri semasa mesyuarat presiden pakatan yang lalu? Atau adakah ini sebahagian dari kerja Tun Mahathir untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim? Adakah DAP Sarawak mendapat apa-apa ‘insentif istimewa’ daripada Tun Mahathir untuk berkempen bagi pihak Shafie Apdal?


An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Mengapakah DAP Sarawak beri tempoh pada Anwar demi Shafie?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment