Sunday, July 12, 2020

Muhyiddin mesti buktikan jumlah sokongan beliau menjelang 13 Julai

  Malaysian Mirror       Sunday, July 12, 2020
democracy, malaysianmirror, UmmahIslamiahMalaysia, Democratic, Movement, Malaysia, malasiyatiktok, AnwarforPM9,
Di laman media sosial rasmi beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsi gambar-gambar yang diambil semasa mengadakan sebuah mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi rakan parti Perikatan Nasional (PN) seperti  presiden UMNO  Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden PAS  Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, presiden MCA  Datuk Seri Wee Ka Siong, presiden MIC Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee, presiden PBB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari, presiden PDP Dato’ Sri Tiong King Sing, presiden PBS  Tan Sri Datuk James Jemut Masing, presiden PBRS  Tan Sri Datuk Seri Joseph Kurup, dan presiden STAR Datuk Jeffrey Kitingan. Ketua whip PN Dato' Seri Azmin Ali dan setiausaha agung Bersatu Dato' Seri Hamzah Zainuddin turut dilihat hadir dalam mesyuarat tersebut. Pemimpin-pemimpin tersebut dilaporkan hadir untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15. Nampaknya Muhyiddin Yassin kelihatan sangat gembira dalam gambar-gambar tersebut. Apa yang beliau harus miliki kini adalah keupayaan untuk membuktikan segala 'sokongan' sepertimana yang didakwa menjelang sesi Parlimen pada 13 Julai nanti.

Tiada penjelasan lanjut ke atas apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, namun media dan orang ramai pastinya mendapat gambaran bahawa Muhyiddin Yassin sedang menggerakkan usaha untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada 12 parti politik agar berpihak kepada beliau ditengah-tengah kekalutan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dalam Pakatan Harapan (PH) berkenaan calon perdana menteri mereka. Untuk rekod, inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin yang pernah mendakwa dirinya "kurang berpolitik" dan "tiada minat berpolitik" pada awal kepimpinannya sebagai perdana menteri. Dengan peningkatan spekulasi tentang bilangan kerusi yang PH sudah miliki, Muhyiddin Yassin tiada pilihan lain selain berusaha untuk menjaga airmuka beliau sendiri. 

By Adillah Jaafar

An online platform to show the Image of Democracy of Malaysia. Let's take part in the Democratic Movement of Malaysia and show the beautiful image of Malaysia to the whole world.
logoblog

Thanks for reading Muhyiddin mesti buktikan jumlah sokongan beliau menjelang 13 Julai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment